Assalamualaikum
sekarang aku berada di Guangzhou, meninjau-ninjau produk untuk dijual di Malaysia.
Sementara menunggu bas tiba di hotel, aku mengambil peluang membuka blog ini.
Insyaalah aku akan menulis lebih lanjut pengalaman di sini bila balik Malaysia
19 - 23/3/2010 - Di Guangzhou.
Hari ini aku berpeluang mengadakan meeting dengan pekerjaku seramai 15 orang. Selepas meeting aku meneruskan dengan in-house traning. Kami mengadakan mini bengkel membincangkan menu harian taska, aktiviti taska dan jadual harian kanak-kanak taska. Alhamdulillah dengan adanya in-house training seperti ini, ia dapat menambah kemahiran kepada pekerja-pekerjaku dan seterusnya mempertingkatkan mutu perkhidmatan taska.
Sesungguhnya anak-anak yang diserahkan kepada kita untuk dijaga adalah suatu amanah, itulah yang selalu aku ingatkan kepada semua pekerjaku agar mereka tidak leka di dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Kita tidak mampu menyenangkan hati semua pihak tetapi kita mesti berusaha untuk melakukan yang terbaik khasnya kepada anak-anak yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
Alhamdulillah, dengan izinNya semua yang dirancangkan dalam minggu ini berjalan dengan lancar. Di hari-hari terakhir 2009, aku memaksimakan usaha dan tenaga sebaik mungkin. segala kerja-kerja yang dijadualkan telah berjaya aku selesaikan hari ini. Meskipun seminggu dua ini aku agak sibuk menguruskan hal-hal bisnes, tetapi aku masih sempat meluangkan masa untuk shoping bersama anak-anak membeli kelengkapan dan pakaian sekolah.
Kakak dan angah masih berada di Kuala Lumpur menghabiskan waktu cuti bersama atuk dan neneknya dan akan pulang ke JB esok. Sebentar tadi, aku, suami dan 2 orang anakku serta jemaah lain berpeluang membaca Yassin di Masjid Lama Jalan Serindit.
Ketika aku menulis post ini, aku ditemani oleh siaran radio internet iaitu www.fuhyoofm.com yang sedang membincangkan perniagaan internet oleh smartzul dan otai bloggers lain. Lagu-lagu yang dikeudarakan agak sentimental dan evergreen… yang bisa memberi 101 idea kepadaku untuk terus menulis.
Esok tahun 2010 akan bermula, bermakna 2009 menutup tirainya. 365 hari berlalu dengan begitu pantas… Aku percaya setiap orang mempunyai cerita suka dan dukanya sepanjang 2009. Begitu juga dengan aku, ada kenangan manis dan kenangan pahit yang aku alami. Di kesempatan ini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan kenangan manis dan pahit… semoga apa yang baik boleh dijadikan sempadan dan sebaliknya.
Assalamualaikum untuk semua dan salam 1 Malaysia
Suasana di pagi Jumaat ini cukup tenang, hujan gerimis yang turun menambahkan lagi kedamaian waktu pagi yang indah. Aliya, Imtiyaz, Alisya dan Bisyrun masih lena diulik mimpi. Ah biarkan mereka, lagipun hari ini adalah cuti am, biar mereka tidur sepuasnya.
Alhamdulillah, petang kelmarin aku dan suami sempat meluangkan masa bersama jemaah lain untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun di Masjid Lama Jalan Serindit. Ya Allah, kami bemohon kepada Mu agar tahun baru yang tiba ini lebih memberi makna buat kami sekeluarga. Sihatkanlah tubuh badan kami, agar dapat menunaikan perintahMu dengan lebih baik dan berkesan. more…
Kedai online tadika kini dilancarkan. Anda boleh mendapatkan buku, cd, ebook dan lain-lain yang berkaitan dengan kanak-kanak di TadikaShop.com. Untuk maklumat produk, sila klik gambar di bawah.
Alhamdulilah, tahniah atas kejayaan seramai 102 pelajar yang berjaya mendapat 5A di dalam UPSR. Seterusnya berjaya mendapat anugerah sekolah terbaik negeri Johor dan kelima terbaik peringkat kebangsaan. Jasa-jasa guru yang berusaha dan berkorban untuk anak-anak bangsa tidak terbalas….

Hari ini masuk hari keenam umat islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah aku, suami, Aliya, Imtiyaz dan Watini dapat berpuasa dengan baik. Aku berazam agar dapat menunaikan solat sunat Tarawih dengan cukup sepanjang Ramadhan tahun ini. Rasanya tiada alasan untuk aku “ponteng” mengerjakan solat sunat Terawih memandangkan kedudukan rumah baruku yang sangat berhampiran dengan Surau. Insyaallah aku akan cuba sedaya upaya melengkapkan solat terawih pada Ramadhan kali ini.

NOTA KEHIDUPAN:
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”





Recent Comments